Posts

Showing posts from July, 2018

Subjek Kegemaran

Image
Di ASIQS, kami belajar pelbagai subjek seperti sains, hafazan, matematik dan lain-lain. Subjek kegemaran saya ialah matematik. Subjek matematik diajar oleh cikgu Faisara. Saya gemar subjek matematik kerana saya suka mengira. Matematik juga boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Contohnya, jika kita menjadi juruwang, kita perlu mengira duit yang diberi oleh pelanggan dengan tepat. Saya juga suka subjek matematik kerana cara yang diajar oleh cikgu Faisara. Di dalam matematik, benda biasa yang anda akan belajar ialah tambah, tolak, bahagi, darab dan lain-lain. Saya berharap dapat belajar matematik di tahap yang lebih tinggi.

ASIQS Di Space U8

Image
Setelah tiga tahun ASIQS berada di Bukit Bandaraya, ASIQS pun berpindah ke Space U8 Shah Alam. ASIQS berpindah disebabkan masalah-masalah tertentu. Di Space U8 kelas kami lebih besar daripada sebelum ini. Saya lebih suka ASIQS di Space U8 kerana di sini lebih selesa. Walaupun rumah saya lebih jauh daripada sebelum ini saya tetap pergi ke sekolah ini. Sebelum ini saya perlu bangun jam 6:30 tetapi kini saya perlu bangun lebih awal iaitu jam 5:45. Kini kami tidak lagi makan makanan Segi Seri. Kami hanya makan di kafeteria yang bersebelahan dengan sekolah kami. Saya berharap agar saya dapat belajar dengan lebih fokus di sini.