Subjek Kegemaran


Di ASIQS, kami belajar pelbagai subjek seperti sains, hafazan, matematik dan lain-lain. Subjek kegemaran saya ialah matematik. Subjek matematik diajar oleh cikgu Faisara.

Saya gemar subjek matematik kerana saya suka mengira. Matematik juga boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. Contohnya, jika kita menjadi juruwang, kita perlu mengira duit yang diberi oleh pelanggan dengan tepat.

Saya juga suka subjek matematik kerana cara yang diajar oleh cikgu Faisara. Di dalam matematik, benda biasa yang anda akan belajar ialah tambah, tolak, bahagi, darab dan lain-lain. Saya berharap dapat belajar matematik di tahap yang lebih tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Permainan Tradisional "cepe"

One Day - MatisYahu