Tragedi 6 Anggota Bomba Yang Lemas
Assalamualaikum WBT, hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang enam anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas.
Pada jam 6:30 petang, balai bomba telah menerima panggilan mengenai kes seorang remaja yang lemas di Lombong Taman Putra Perdana. Remaja itu sedang memancing di lombong dan terjatuh, beliau berumur 17 tahun.
Seramai enam anggota bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) tiba di tempat kejadian pada jam 8:55, untuk mencari mangsa lemas. Empat orang dari Klang dan dua orang lagi dari Shah Alam. Enam anggota bomba tersebut ialah:
Mereka mula turun ke lombong pada jam 9:15 malam dengan mengikat tali antara satu sama lain. Namun secara tiba-tiba arus menjadi deras, ia menarik seorang demi seoang anggota bomba itu ke dalam arus pusaran.
Pada jam 9:45 malam anggota penyelamat yang berada di tebing, berusaha menarik seorang demi seorang keluar dan memberikan bantuan pernafasan (CPR). Keenam-enam anggota tersebut disah meninggal dunia pada jam 9:50 malam.
Akhir sekali, marilah kita ramai-ramai sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka dan ucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka. Itu sahaja daripada saya hari ini, Assalamualaikum WBT.
Comments
Post a Comment