Posts

Showing posts from September, 2018

Interesting Facts About Mathematic

Image
          Assalamualaikum WBT, Hari ini saya akan tunjuk anda semua satu fakta menarik tentang matematik.           Jika anda darab 22 dengan 13 mesti kena buat jalan kira yang banyak. Saya boleh ajar anda untuk darab dengan cara yang lebih senang. Contohnya 22 darab 13: 1. Lukis 2 garis dan lagi 2 garis tetapi perlu jarakkannya. 3. Lukis 1 garis di 2 garis yang pertama dan lukis 3 garis di 2 garis yang kedua. 4. Sengetkannya sedikit. 5. Tambah mana-mana garis yang bertemu mengikut titik. 6. Ia akan jadi 3 nombor, no. pertama ialah tepi kiri, no. kedua ialah atas dan bawah, dan     no. ketiga ialah tepi kanan. 7. Akhir sekali, itulah jawapannya: 286

10 Fakta Yang Menatrik Tentang Peperangan Uhud

          Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Hari ini saya akan menceritakan tentang apa yang saya belajar pada hari Jumaat minggu lepas. Saya belajar tentang Peperangan Uhud. Saya akan menceritakan tentang 10 fakta menarik di dalam Peperangan Uhud. 1. Saidina Hamzah meninggal                Saidina Hamzah dibunuh oleh hamba Hindun iaitu Wahsyi. Sepanjang perang, Wahsyi hanya mengikuti Hamzah. Semasa beliau sedang berlawan, Wahsyi dari belakang terus membaling lembing ke arah Hamzah dan menembusi dadanya. Hati Saidina Hamzah dimakan oleh Hindun tetapi dimuntahkan balik dan jarinya pula di potong menjadi rantai leher. 2. Kesilapan pemanah-pemanah Islam           Orang-orang kafir mula melarikan diri dan terus meniggalkan semua barang mereka. Semua pemanah Islam mengutip harta-harta mereka dan Khalid Al-Walid iaitu ketua tentera berkuda kafir, ternampak mereka. Dia dan...

Apa Yang Saya Suka?

Image
          Saya suka pergi bercuti bersama keluarga, kerana saya dapat meluangkan banyak  masa bersama-sama dengan keluarga. Bukan itu saja, saya juga dapat berehat dengan masa yang lebih lama.           Jika kami bercuti selama 4 atau 5 hari, kami akan menginap di hotel. Saya juga suka pergi ke hotel, kerana saya boleh main air di Water Park, contohnya di Melaka. Water Park di Melaka sangat besar, dan ia sangat menyeronokkan.               Saya juga pernah pergi bercuti di Sarawak. Benda yang paling menyeronokkan di sana ialah Crocodile Farm. Di sana mereka ada pertunjukan  buaya melompat dari dalam air menangkap daging haiwan yang tergantung. Bukan buaya saja yang ada, tetapi juga ada monyet, babi hutan, ular sawa dan lain-lain.

Permainan Tradisional "cepe"

Image
                                             Hari ini saya ingin mengajar bagaimana cara-cara bermain "ceper". Ceper bermaksud penutup botol.           Barang-barang yang diperlukan untuk bermain ceper, adalah 5 penutup botol kicap. permainan ini perlu dimain sebanyak dua orang dan ke atas.        1. Undi siapa yang akan mula dulu: Sama seperti cara mendapat markah. 2. Pusing dari atas kelima-lima ceper itu. 3. Ambil salah satu daripada lima. 4. Pemain lain akan bagi arahan untuk jentik yang mana ke mana. 5. Timbang untuk mendapat markah: a) Susun kelima-lima ceper di atas tangan yang gelap.                                                           ...