10 Fakta Yang Menatrik Tentang Peperangan Uhud


          Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya. Hari ini saya akan menceritakan tentang apa yang saya belajar pada hari Jumaat minggu lepas. Saya belajar tentang Peperangan Uhud. Saya akan menceritakan tentang 10 fakta menarik di dalam Peperangan Uhud.


1. Saidina Hamzah meninggal
    
          Saidina Hamzah dibunuh oleh hamba Hindun iaitu Wahsyi. Sepanjang perang, Wahsyi hanya mengikuti Hamzah. Semasa beliau sedang berlawan, Wahsyi dari belakang terus membaling lembing ke arah Hamzah dan menembusi dadanya. Hati Saidina Hamzah dimakan oleh Hindun tetapi dimuntahkan balik dan jarinya pula di potong menjadi rantai leher.

2. Kesilapan pemanah-pemanah Islam

          Orang-orang kafir mula melarikan diri dan terus meniggalkan semua barang mereka. Semua pemanah Islam mengutip harta-harta mereka dan Khalid Al-Walid iaitu ketua tentera berkuda kafir, ternampak mereka. Dia dan tentera yang lainterus menyerang semua pemanah-pemanah Islam itu.

3. Orang yang meggunakan pedang Nabi Muhammad

          Sebelum perang baginda bertanya jika ada sesiapa yang mahu meggunakan pedangnya. Selepas itu salah seorang daripada ramai orang itu pun menjawab, "Saya ya Rasulullah" iaitu Abu Durjana.

4. Kecederaan Rasulullah S.A.W

          Sewaktu perang, pipi Rasulullah dipanah oleh seorang pemanah kafir. Anak panah itu ditembus keluar ke mulut. Selepas itu ia dipatahkan dibelah hujung dan anak panah itu pun ditarik keluar.

5. 300 orang munafik

          Bilangan tentera muslim ialah 1000 orang. Di pertengahan jalan, ketua orang munafik iaitu Abdullah bin Ubai memainkan peranannya sehingga menyebabkan 300 orang berundur.

6. Pemegang panji orang muslim 

         Pemegang panji orang muslim ialah Musab bin Umayr. Beliau dipilih untuk memegang panji kerana beliau menyerupai Nabi SAW. Semasa Musab dipanah berturut-turut kali dia pun Syahid. Orang kafir pun jerit yang Rasulullah sudah meninggal, tetapi sebenarnya beliau masih hidup.

7. Bilangan tentera Islam dan kafir

         Pada mulanya bilangan tentera Islam ialah 1000, tetapi selepas satu peristiwa, orang Islam hanya 700 orang. Bilangan tentera kafir pula adalah 3000 orang. Tentera Islam Syahid sebanyak 70 orang. Manakala, orang kafir mati sebanyak 37 orang.

8. Biodata Peperangan Uhud

         Peperangan Uhud berlaku pada 7 Syawal tahun ke tiga hijrah. Ia berlaku di Bukit Uhud. Bilangan Pasukan pemanah Islam 50 orang.

9. Ketua orang Islam dan kafir

            Ketua orang islam ialah Nabi Muhammad SAW. Manakala, ketua orang kafir ialah Abu Sufyan.

10. Kenapa perang Uhud terjadi

            Perang Uhud terjadi kerana Orang Kafir mahu membalas dendam terhadap orang Islam, setelah apa yang berlaku di perang badar.

Comments

Popular posts from this blog

Permainan Tradisional "cepe"

One Day - MatisYahu

Subjek Kegemaran