Apa Yang Saya Suka?
Saya suka pergi bercuti bersama keluarga, kerana saya dapat meluangkan banyak masa bersama-sama dengan keluarga. Bukan itu saja, saya juga dapat berehat dengan masa yang lebih lama.
Jika kami bercuti selama 4 atau 5 hari, kami akan menginap di hotel. Saya juga suka pergi ke hotel, kerana saya boleh main air di Water Park, contohnya di Melaka. Water Park di Melaka sangat besar, dan ia sangat menyeronokkan.
Saya juga pernah pergi bercuti di Sarawak. Benda yang paling menyeronokkan di sana ialah Crocodile Farm. Di sana mereka ada pertunjukan
buaya melompat dari dalam air menangkap daging haiwan yang tergantung. Bukan buaya saja yang ada, tetapi juga ada monyet, babi hutan, ular sawa dan lain-lain.
buaya melompat dari dalam air menangkap daging haiwan yang tergantung. Bukan buaya saja yang ada, tetapi juga ada monyet, babi hutan, ular sawa dan lain-lain.
Comments
Post a Comment